Ok untuk memulakan sesi tutorial nie anda perlulah mendownload joomla daripada websitenya. Untuk sesi ini kita akan menggunakan joomla versi 1.0 sahaja dahulu. Jangan dok memandai pakai 1.5 kerana terdapat beberapa component yang tidak dapat digunakan dalam joomla ver 1.5.
Berjumpa lagi kita ekk ? ok .. macam mana nak buat laman web yang menggunakan mySQL dan php sebagai platform ? mestilah anda memerlukan hosting server yang menyokong web yang akan digunakan .. contohnya joomla.
Anda memerlukan sekurang-kurangnya server yang mempunyai sekurang-kurangnya php 4.3.10, mySQL 3.23 dan apache 1.3 untuk menjalankan aplikasi script web joomla. Jangan takut anda tak perlu menjadi seorang pakar kerana segala setting untuk server ini adalah standart jikalau anda memilih hosting server Linux.
Walaubagaimanapun anda masih boleh mencuba joomla untuk tujuan percubaan dengan memasang sendiri perkakasan yang diperlukan oleh joomla dengan menggunakan kemudahan ip localhost (127.0.0.1 loopback ip)
Antara kemudahan server localhost dengan sekali install anda boleh mencuba xampp, wamp dan easyphp yang boleh dimuat turun dengan percuma di Internet.
Untuk tutorial seterusnya kita akan menggunakan xampp.
Adium (Mac OSX Download) salah satu applikasi dalam mac OSX yang membenarkan anda berkongsi i-chat, YM, Google Talk, MSN Live dalam satu applikasi. Hanya download dan install semudah itu.
Adium seperti pidgin hanya membenarkan mesej text sahaja, walaubagaimanapun customize icon dan theme adalah yang terbaik setakat ini. Siapa yang pakai Mac OSX sila download Adium … rugi tak cuba.
Pidgin (Windows Download) opensource projek untuk semua protokol chat. Anda kaki chat ? Pening untuk cath-up semua messengger yang ada dalam internet ? download jer software ini, semua protokol chat dapat anda gunakan dengan mudah dan senang.

Hanya download dan masukan ke ac anda ke dalam Pidgin. Hanya text mesej dapat dilakukan melalui pidgin. Video dan sound tak dapat dijalankan dalam pidgin.
Saya lebih suka guna pidgin untuk chat kerana kurang serangan malware melalui chat messenger dan tiada iklan daripada YM. add id admin sir_aniep@yahoo.com
Haa macam mana anda nak tahu versi Ubuntu Linux yang sedang anda gunakan sekarang ? Kalau MS Windows senang jer kan ? Mac OSX pun macam tu … Ok kalau dalam Ubuntu anda hanya perlukan arahan yang mudah dalam Terminal
cat /etc/issue
Ubuntu edgy (development branch)
dah dapat version Ubuntu anda
QuickSilver (mac download). Jika anda pengguna mac OSX jangan jeles dengan pengguna windows yang mempunyai lauchy iaitu melancarkan aplikasi dengan menggunakan keystroke. Ini kerana Mac OSX juga mempunyai software yang serupa dan lebih lama dibangunkan terlebih dahulu daripada windows.
Anda boleh menggunakan program aplikasi QuickSilver daripada BlackTree company untuk melancarkan program dengan mudah tanpa perlu meletakan di Dock anda sampai penuh.
Anda boleh mencubanya dengan mendownload di sini. Serasi dengan Mac OSX versi 10.3.x, 10.4.x dan 10.5.x
Sila komen bagaimana anda menggunakan software ini ? Sebenarnya lebih daripda setakat launch program jer. Saya pernah guna untuk email dan search dengan mudah dengan software nie. Kira masuk kategori mesti sedut lah !
Lauchy : Hidupkan aplikasi anda dengan keystroke, bukan kena stroke … (windows download), mungkin anda pernah hadapai situasi begini … terkial-kial dengan mouse untuk menghidupkan applikasi ms words atau program kesukaan anda ? malu kan kalau anda dalam situasi hendak menyampaikan persembahan kepada boss anda.
Download jer program ini “Launchy”, program yang membenarkan anda melancarkan sebarang apliasi dan carian web dengan kombinasi “alt”+ “space bar” dan ianya open source.
Download launchy di sini. Sila tinggalkan komen sebagai tanda penghargaan anda kepada kami … free jer tak kena bayarkan ?
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis laman web yang boleh anda buat dengan percuma. Antara geocities, freeweb, tripod, blogger, wordpress.com dan pelbagai lagi yang mudah.
Dengan zaman web 2.0 laman web bukan lagi statik sepertimana dengan zaman awal kemunculan laman web. Laman web kini dijanakan dengan enjin asp.net, php dan mySQL database memberikan wajah baru seperti laman web sosial freindster, facebook dan myspace.
Bentuk portal juga muncul seperti phpnuke, xoops, phpfussion, mambo dan joomla menggantikan laman web yang beku dan tidak mesra pengguna. Dengan kemunculan flash 8 maka laman web menjadi lebih menarik dengan kemudahan memaparkan video seperti youtube ke dalam laman web.
Selamat datang ke weblog IT untuk semua. Kami akan memaparkan info dan artikel yang terbaru mengenai ICT di sini dan terdapat juga tutorial yang berguna untuk anda mempelajari untuk kegunaan anda.
Jangan segan meninggalkan komen anda, kerana komen anda merupakan oksigen kami dan dorongan kami untuk menulis. Tanpa anda menyokong kami mungkin tiada manfaat yang kami dapat. Please keep me alive !
Recent Comments