Ok untuk memulakan sesi tutorial nie anda perlulah mendownload joomla daripada websitenya. Untuk sesi ini kita akan menggunakan joomla versi 1.0 sahaja dahulu. Jangan dok memandai pakai 1.5 kerana terdapat beberapa component yang tidak dapat digunakan dalam joomla ver 1.5.
Download xampp dan install atau extract folder xampp di partions c:\xampp. Ini adalah penting untuk memastikan ianya berjalan dengan betul.

rajah 1
Dah install xampp ? lihat rajah 1, inilah kedudukan xampp dalam folder yang kita akan buat dan buka folder tersebut dan cari ikon “xampp-control” dan klik ikon tersebut.

rajah 2
Lihat rajah 2, inilah rupanya xampp control panel yang muncul. Terdapat beberapa butang yang kita akan gunakan nanti. Sila klik butang start Apache dan MySQL. Jika anda telah berjaya satu status “running” berwarna hijau akan muncul seperti rajah 3.

rajah 3
Jika anda menghadapi masalah untuk menghidupkan apache sila matikan fungsi firewall anda atau membenarkan software ini running. Kadang-kadang skype VOIP juga menggangu apache xampp, sila offkan dan keluar program skype. Sudah berjaya running apache ? sila klik butang Admin sebelah Apache untuk menu xampp dan lihat rajah 6 untuk rujukan lanjut.

rajah 6
Sudah berjaya ? kita akan sambung lagi bahagian kedua nanti.
6 Responses to “Joomla install bahagian 1”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
January 31st, 2008 at 6:18 pm
macam mana dapek ke buat ?
February 1st, 2008 at 9:26 am
dapeeekkk…. copatlah sambnungan ehhhh….
May 15th, 2008 at 12:14 pm
tak dapat pergi ke url http://127.0.0.1/joomla………..mcm mana tu
May 15th, 2008 at 1:55 pm
Apache dan MySQL dah bertukar kaler hijau ker ?
May 15th, 2008 at 1:56 pm
lepas tu pastikan folder C:/xampps/htdocs tu mempunyai folder joomla …
September 12th, 2008 at 7:29 pm
salam, amik upah pasang sistem affiliate x?
urgent nih..urgent!!! tq..