Dah install ker ? okeh … dah download joomla ver 1 ? ok sekarang anda boleh la ke next step …
- buka xampp dan patikan service apache dan MySQL running macam tutorial yang lepas. Sudah ? pandai … ok
- Buka web browser taip url nie “http://127.0.0.1″
- Tengok web control xampp lihat bahagian bawah sebelah kiri (menu tools)
- Klik link phpMyAdmin

rajah 1
Ok tunggu dan anda akan di bawa ke menu baru untuk membuat database dengan menggunakan phpMyAdmin. Sebenarnya ini adalah bahagian MySQL. Anda dapat membuat database dengan comand promt. kalau pandai. Ok kita pergi langkah seterusnya.
- Taipkan joomla pada bahagian “create new database”
- Klik butang create dan dah siap …

rajah 2
Ok kalau dah berjaya anda boleh la mengekstrak kandungan zip joomla yang anda telah download dan letakan ke dalam folder htdocs dalam folder xamp. Lihat rajah 3 dan rajah 4
rajah 3

rajah 4
Ok sekarang anda pergi ke web browser anda dan taipkan url “http://127.0.0.1/joomla” dan pastikan tiada error berwarna merah (warna hijau ok ler tu). Klik next

rajah 5
Anda akan di bawa ke page licence … abaikan klik Next. Ok page step 1 akan muncul …
Isikan maklumat berikut seperti rajah 6. Jangan nak memandai tukar (karang x jadi aku tak jamin)
- Host name : localhost
- MySQL User Name : root
- MySQL Password : (biarkan kosong)
- MySQL Database Name : joomla (yang kita buat dalam phpMyAdmin)
- MySQL Table Prefix : (biarkan jangan dok mengatal usik)
rajah 6 (klik untuk besarkan)
Dah siap klik next dan isikan nama website anda, contohnya ; joomla. Seperti rajah 7
rajah 7
Klik next dan lihat rajah 8 dan tukarkan password kepada yang lebih mudah hafal sebab korang yang nak guna. Isikan juga email (just isi jer jangan banyak songeh)
rajah 8
Klik next kalau dah tukar password admin tu … dan siap ler … pastu ikut dia cakap delete “folder installation” dalam folder joomla lihat rajah 9
rajah 9
Dah delete “folder installation” boleh la lihat view site dah siap … selamat mencuba … senang jer kan. Nie lah contoh yang siap lihat rajah 10 dan rajah 11

rajah 10 (menu admin)
rajah 11 (web joomla bahagian hadapan)
18 Responses to “Joomla install bahagian 2”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
February 1st, 2008 at 1:03 pm
dapat buat tak ? kalau dah jadi nanti aku ajarkan pulak macam mana nak pasang component dan modules dalam joomla … nak pasang theme pun boleh
February 1st, 2008 at 5:55 pm
camner nak tuko heading…masuk banner…dah buat tak jadi la bro…
February 1st, 2008 at 6:11 pm
hang pakai localhost ker server betul ?
March 6th, 2008 at 11:53 am
tolong ajarkan macamana nak buat template, component dan module sendiri… puas aku cari tok guru… kalau boleh ajar aku….. sebab aku tengok semua template lebih kurang sama… bosan…
March 6th, 2008 at 1:14 pm
ok nak buat template baru take time … firstly ngko kena pandai guna photoshop untuk buat basic draft .. pastu edit CSS untuk rujukan text warna apa … bagaimana nak custom size …
saya ada e-book ajar step by step macam mana nak buat template dan modules sendiri. Nak buat modulesnya kena la pandai manipulasi HTML dan MySQLnya ..
Accually saya dok buat laman web nie lebih kepada objektifnya … cantik no.2 … terpulang pada masing-masing citarasa. Yang penting senang update dan senang orang guna.
Kami kat Petaling ajar hampir 300 buah sekolah buat laman web … ada yang bagus … tapi banyak yang syok sendiri … letih laaa bang
April 9th, 2008 at 4:25 pm
Minta ulang la bro macamana nak install jomla, dan buat web site sendiri. Teman baru melayori laman web ni. Tahniah teman ucapkan peda kome kerana bagi peluang orang lain belajor buat web. Moga pehalanya berpanjangan. terima kasih
April 9th, 2008 at 6:07 pm
step dari mana ke mana ? kami boleh ulang kalau saudara termiss … cuba buat ikut step diatas. Mana-mana bahagian tertinggal atau tak jadi komen kat sini
April 10th, 2008 at 12:31 pm
Bro, kalau boleh dari awal la. Sebab teman dah try install jommla 1.0.15., tapi tak boleh. Itu yang teman cuba dapatkan dari web site jommla, yang 1.0 je tak jumpa.
April 10th, 2008 at 12:49 pm
dah download ker XAMPP ? apa versi sebenarnya boleh jer jalan cuma server yang saudara gunakan jer … check kat CPanel tengok minimum requirement cukup ker tak ?
April 21st, 2008 at 7:52 am
Terima kasih.
Sori la, teman lama tak tengok web nih, banyok koje.hari akan teman cuba dan cuba.
May 9th, 2008 at 10:44 am
mari bertukar-tukar idea dan pendapat. laman web ppd bera ni, template dia kawan buat sendiri.. amacam? banyak slack sbb tu kawan tgh usaha nak buat template kedua lak.. template sedia ada ni 3 hari je buat.. yang kedua ni dah masuk dua minggu tak siap-siap lagik
May 9th, 2008 at 9:51 pm
baguslah … tapi baik ambik jer yang lawa modified ? nak modified theme nie elok guna CSS (Casate Style Sheet)
June 18th, 2008 at 11:03 pm
ader sedia ebook x?
August 2nd, 2008 at 12:31 am
Assalamualaikum pada semua…mengenai joomla nih…sesiapa ada sebarang kekusutan atau masalah…boleh rujuk ke forum joomla malaysia
http://www.joomla-my.org
jumpa di sana…..
nick saya azagoth….wsalam
December 30th, 2008 at 2:55 pm
Assalamualaikum semua..saya baru nak belajar ni…tak tau sggt wat web..nak intall pun tak pass lagi..jadi mcm ni..pas tu interface mula install joomla (rajah 5) tu lain..mcm mana ye..tolong ye semua..
Directive Recommended Actual
Display Errors: Off On
December 30th, 2008 at 11:30 pm
ok dia keluar apa on dan off ?
December 31st, 2008 at 9:07 am
dia kuar off untuk display errors tu..tapi dah ok…saya mula dari step 1 semula jadi saya dah boleh install…ni nak create web pulak…tima kasih..nanti saya nak tya lagi…
December 31st, 2008 at 5:47 pm
kat mana joomla save apa yang kita dah create…pas tu mcm mana nak edit coding nya… saya tak jumpa folder yang saya buat.tolong ye…