Deviant Logo

Stuck Pixel Pada Screen iMac

post details top
Jan 19th, 2009
post details top

Lcd_subpixel_812 Ada orang bertanyakan saya tentang masalah dead pixel pada iMac. Masalah ni sebenarnya boleh berlaku pada iMac dalam tempoh masa tertentu malah pada semua jenis LCD. Anda boleh gunakan cara ini juga kepada LCD TV 40 inci anda jika berlaku (manangis wooo kalau LCD TV jadi benda nie)

Terdapat beberapa cara sebenarnya … antara cara yang dapat dicuba ialah dengan dead pixel massage (pelik tapi benar).

Menggunakan Cara Software

  1. Boleh search engine carian google tentang kata kunci “stuck pixel” atau cuba software melalui web ini http://www.jscreenfix.com/basic.php
  2. On dan Off berulang kali (kalau baru berlaku kemungkinan berjaya adalah tinggi)

Menggunakan Teknik “Urutan”

  1. Offkan LCD anda
  2. Dapatkan kain pengelap yang lembut (kain nano fiber, kain pengelap cermin mata … kalau boleh jangan la kain batik calar pulak LCD tu)
  3. Ambil pen, screw driver atau benda tumpul … kalau dapat pen stylus (PDA) lagi bagus.
  4. Lipat kain tadi supaya agak tebal … takut-takut tertembus masa melakukan urutan tadi.
  5. Dengan pen stylus bersama kain yang terlipat tadi urutkan secara lembut di kawasan dead pixel tadi (kawasan tu sahaja … takut bertambah lagi kawasan hitam tu)
  6. Sambil melakukan urutan pada screen tadi, onnkan LCD screen iMac anda.
  7. Lepaskan urutan pada kawasan dead pixel tadi … sepatutnya dah hilang (ini adalah kerana cecair LCD pada permukaan belakang screen tidak tersebar pada semua kawasan)

Teknik Jentik atau “Tapping”

  1. Hidupkan Komputer dan LCD anda
  2. Tayangkan screen gelap … cari gambar hitam pekat dan tayangkan pada screen jangan letak blank mode … kita nak latarbelakang hitam yang dirender oleh LCD.
  3. Cari pen yang belakangnya bulat
  4. Gunakan belakang yang bulat tu dan buat tekanan secara tapping secara lembut … pastikan ada gegelang cahaya putih muncul semasa anda tapping screen tu. Jika tak nampak cuba tapping dengan lebih kuat lagi (jangan terbalik LCD tu udah)
  5. Buat tekanan secara tapping sebanyak 10-20 kali sehingga hilang dead pixel
  6. Selepas itu buka gambar yang putih atau blank document dan pastikan anda berjaya (takut bertambah teruk lah pulak)

More DIY Tech videos at 5min.com

Sumber wikihow

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Advertisement

BSO kedai pakej web pakej iklan

Peraduan