Membaca dan Mengikuti Berita 1000 Buah Web dengan Mudah
Ok .. bagaimana anda jika minat melayari forum, blog dan portal ? Adakah anda terpaksa menggunakan bookmark ? lepas tu terpaksa mengelongsori setiap page untuk membaca dan mencari berita kesukaan anda ? (Nampaknya leceh tul)
Ok dengan menggunakan teknologi web 2.0 iaitu kemudahan rss feed anda kini dapat melanggan suapan rss dengan mudah dan cepat. Bagaimana ianya berfungsi dan menggunakannya ? Ada banyak cara .. saya terangkan yang selalu saya guna untuk mengikuti lebih kurang 200 laman web yang saya minat dan buat (tempahan sekolah kekadang tu)
Anda boleh menggunakan google reader (percuma webase … takder internet tak leh baca plak) atau software nie Feedreader (MS Windows) dan untuk Mac OSX anda boleh gunakan Vienna rss Reader (kelebihan software takder internet boleh baca berita web anda)
Ok saya tunjukan penggunaan Feedreader (MS Widows) …
Download lah dulu feedreader daripada websitenya dan install dan diatas inilah rupanya bila dah pasang dan anda dapat setkan ianya ditutup (close) tapi minimize to system tray
Buka laman web yang anda suka atau minati dan cari pautan rss selalunya ianya berwarna oren atau ditulis rss warna oren jugak
Klik dan copy urlnya … atau kadang-kadang jika anda menggunakan Mozilla Firefox atau Opera anda akan mendapati pada bahagian URL ada dihujungnya icon oren seperti anda nampak pada raja ini … klik sahaja dan copy URL yang muncul.
nampakan icon yang muncul klik … dan lihat gambar seterusnya
copy URL yang muncul dan pastekan dalam software Feedreader tadi.
Pada menu Feedreader tu klik perkataan New dan automatik URL anda copy tadi dipaste secara automatik
Klik OK dan tunggu (Schoolnet dengan blogspot ada masalah siket .. kurang mesra)
Ok dah siap … anda boleh kutip rss feed daripada Berita Harian, Metro dan laman web PKG … dah ada rss feednya. Klik sini untuk langgan Mahir-IT rss feed. (sebenarnya kalau webmaster pandai guna rss feed boleh kita setkan supaya dihantar melalui email macam PKG Petaling .. senang kalau yang minat pakai email)
Download FeedReader (Windows)
Download Vienna Reader (Mac OSX)





9 Comments