GOS Gadget Sesuai Untuk Makmal Komputer KPM
Ok nie projek akan dijalankan untuk meminimakan kos dan masa penyelengaraan makmal komputer Petaling (cadangan) Korang boleh dapatkan CD installer masa taklimat ICT 2009 pada 4-5 Mac nie
Hari nie tak pergi opis cuti kecemasan jaga orang rumah aku demam panas (tak mahu kebah (peluh) doc kata sebab virus) so far dah ok .. sambil dok rumah tu test la projek nie dok pikiaq lama dah … camner nak settlekan masalah berlambak PC kat makmal sekolah yang rosak. Rosak dari segi windows corrupt sebab virus dan nak kena defrag selalu. Jawapan kepada semua masalah ini linux la
Distro yang dipilih ada dua sama ada nak guna Xubuntu atau GOS Gadget (dua nie base on distro Ubuntu) tapi nampak gayanya GOS Gadget lah. Dah download minggu lepas tak sempat nak nak test sebab dok kursus jer kerjanya.
Secara asasnya GOS Gadget nie dah datang dengan pakej lengkap iaitu Gadget Google dan Applikasi Internet Google seperti Google Doc, Gmail, Google Reader dan Applikasi Open Office (MS Office)
Cara install amat mudah … anda tak perlu format PC atau Laptop … hanya masukan CD dan boot. System GOS OS akan load secara live melalui CD tampa perlu usik system MS Windows. Jika berhajat nak menggunakan terus (install) klik icon CD pada desktip GOS Live dan install.
Lain seperti Skype dan Pidgin (AIM, YM, MSN dan ICQ) dah dipasang secara default.
Untuk program ICTL korang boleh setkan dengan applikasi TUX untuk pendidikan … mudah nak install sebenarnya dengan menggunakan Syptic Manager. Taip perkataan TUX dan senarai program TUX Educations ada keluar.
Antara program Tux yang sesuai untuk ICTL ialah Tux Type (permainan menaip dengan mengeja perkataan dengan menaip huruf), Tux Math (permainan tembak dengan aksi matematik .. taipkan jawapan matematik untuk tembak) dan Tux Paints (program melukis dengan pelbagai pack berus yang cute)
Tux Type … taip huruf tu untuk dapatkan ikan yang jatuh
Tux Math … taipkan jawapan untuk tembak tahi bintang
Untuk program windows anda dapat install dengan menggunakan program wine … Download GOS Space di sini http://www.thinkgos.com/gos/download.html





14 Comments