Vitamin D : Webcam Surveillance
Anda tercari software webcam yang dapat mengesan secara automatik pergerakan yang mencurigakan ? huih dengar macam software yang mahal ! tapi dengan Vitamin D anda dapat menukar webcam biasa + laptop kepada satu alat yang dapat mengesan pergerakan dengan mudah.
Bagaimana ia berfungsi ? dengan menggunakan satu program AI komputer biasa akan memproses video kepada pergerakan berasaskan grid contohnya pergerakan. Bila komputer menerima pergerakan software Vitamin D akan merakam malah dapat menghantar mesej (email atau sms) menyatakan apa yang berlaku.
Malah anda boleh meletakan kawasan panas dengan mudah seperti pintu masuk dan keluar. Maksudnya merakam apabila pintu dibuka tanpa perlu memasang suiz khas … Vitamin D boleh mengesan kesemuanya … cool eh ! boleh la memantau bibik di rumah dengan mudah. Komen siket apa pengalaman korang
Anda boleh melihat contoh dibawah
Anda dapat mencuba software ini dengan percuma di http://www.vitamindinc.com/ (Windows & Mac sahaja)





3 Comments